I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Sunday, December 26, 2010

TIP ELAK DARI PERAGUT


Salam..
Mula2 nak cerita sikit nie.. Tadi nyaris2 aku nak kena ragut weyh.. Bukan nak buruk sangka tapi ade orang cakap sesekali tak salah pun nak buruk sangka dengan orang.. Masa tengah jalan nak pergi KTM Batu Caves tu mula2 ade satu kereta nie tahan aku sebab nak tanya jalan pergi rumah orang kawen.. Aku takde lah buruk sangka dengan die sebab dalam kereta tu majoritinye perempuan.. Siap ade budak kecik lagi tu.. So., aku tunjukkan je lah arah jalan tu...  Tak lama lepas tu dalam 30 saat ade sorang lagi tahan aku nak tanya jalan... Kali nie lelaki pulak.. Naek motor.. Tapi yang pelik nye ade ke die tanya aku jalan nak pergi Giant.. Tetibe aku macam pelik je lagipun cara die cakap tu slow sangat.. Tengok muke die pon macam dah gelisah je.. Aku pon ape lagi, terus kepit beg aku kuat2 lepas tu jalan je sambil cakap kat die "KAU TERUS JE".. Fuhh..!! nervous weyh aku time tu... Makin laju aku jalan nak pergi stesen tu... Alhamdulillah... Takde kejadian buruk berlaku... :)


Nie aku share kan dengan korang especially perempuan lah yee tentang tip-tip keselamatan.
Sumber dari sini dan sini.. Terima kasih bagi tip-tip yang sangat berguna..  


Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.*

* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.*

Bagaimana ia boleh berlaku:
* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.*

* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.*

* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.*

* Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.*

* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.*


Langkah-langkah keselamatan dari diragut:
* Sentiasa membawa wang secara minima. 
Jika perlu anda isikan sahaja didalam tas tangan anda barang2 peribadi sahaja. Contohnya cermin mata, peralatan solek, dan tisu muka sahaja sekiranya anda berjalan di tempat2 awam.*

* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
* Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.*

* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.*

* Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.*

* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.*

* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.*

* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.*

* Sekiranya anda membonceng motosikal, basikal dan sebagainya anda dinasihatkan agar melindungi tas tangan anda daripada pandangan umum.*

* Simpankan wang anda dalam poket seperti memakai baju kurung, dalam poket kecil yang mudah dimasukkan di dalam poket seluar atau baju anda.*





p/s : hati2 yee semua... 





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...