I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Saturday, October 30, 2010

... TUAN PUTERI ...

salam...
ptg nie nak share sikit lah event minggu lepas. masa aku kat rumah hari tu. malam sebelum balik kampung tu sempat lah sambut bufday tuan PUTERI.. huhu... 


- QHAIFA NURIN AIDA AEISH -

simple2 je lah kan.. ingat just family2 je.. tapi budak2 nie sempat pulak tu jemput kawan2 diaorang.. huhu. takpe2.. boleh jadi tukang habis kan makanan kan...
bila cakap pasal hari jadi mesti lah ade kek kan.. nak tengok tak? :p

tadaaaaaaaa...
. .
.


ini lah kek yang aku buat kan khas utk tuan PUTERI.. hehe.. 
BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
resepi : dr SINI.. thanx kak Rai.. :) 
tapi kek tu belum siap deko lagi taw.. nak tengok yang dh hias plak..? huhu


nie lah die kek yang dah di hias.. simple sangat je pon.. memang dah plan nak siap grand2 punya siap nak letak buah strawberi lagi taw.. tapi bile nak pergi beli kat giant tengok2 buah die sangat lah x cantik.. macam dah nk busuk je.. cissss.. so,jadi lah kek macam yang kat atas nie.. huhu



nie lah makanan yang sempat di sediakan utk budak2 yang datang.. makan je lah ek budak2.. jangan nk banyak ckp.. hehe.. ops..! tapi yang kat sebelah KFC yang tutup biru tu bukan utk di makan yer adek2.. itu ikan peliharaan.. hihi.. ok. yang ada anak panah tu sebenar nya aku bwt juga. saje lah kan nak test best muffin apple nie.. sedap weh.. rasa susu segar yang aku campur sekali dalam tu..



harus lah letak gambar kek lagi nie lagi kan.. haha


boleh nampak kan yang kek nie tersangat lah moist.. yang tengah2 tu lapisan cream cheese taw.. 
nyummy..! suke nie combination rasa kek nie.. kalu nak tawu kek nie kalu dah masuk peti ais dia akan jadi macam coklat taw.. lepas tu bila akan mesti kan cair dalam mulut..
ouh.. sangat nikmat.. kalu tengah makan mesti kan tutup mata sebab nak menikmati... hahaha


 


yeay.. SELAMAT HARI LAHIR yang pertama AEISH.. maksu sayang AEISH.. 
dah besar sikit nanti maksu ajar AEISH main masak2 eh.. huhu


harus lah ada gambar peng'SPONSOR' kek dgn tuan puteri kan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sponsor.. haha



budak2 kecik sekalian.. tolong tiup belon ye.. sape curi tulang x dapat KFC.. hehe









ohh.. gambar dengan peng'SPONSOR' KFC dengan tuan puteri pon harus lah kena letak kan sebagai tanda terima kasih.. huhu





p/s : hari lahir aku nanti sape pulak yang nak buat kan kek utk aku? huhu




Friday, October 29, 2010

... 4th AWARD ...


tadi jalan-jalan singgah blog kawan2 baru lah tersedar yang aku nie ada dapat award..
sori lah ye cik ieqa lambat post kat sini..
bila dah dapat award ni kena lah jawab soalan sikit kan.. hehe...


Q : Thank the person who gave you the award and the link of the person.
A : Terima kasih daun keladi ye cik ieqa sbb sudi bagi award nie kt saya. Takde lah cantik mane kot blog saya nie.. huhu


Q : Spread the award 15 bloggers who you like & yoou think their blogs are awesome
 * cik mimin *
* cik hayyu


Q : Tell 7 things about youself.
A : * suka bawak kereta walaupun cuma pinjam kereta kakak aje * 
* sangat geli cicak,katak,ular dll (haiwan yang lembik2) * 
 * anak bongsu yang tak MANJE sangat *
* suka buat kek cupcakes,muffin dll *
* suka kan budak-budak *
* sangat sensitif  *
* pemalu *




ok.. dah siap lakukan tugasan.. 



p/s : aku tercalon utk kategori ape ek? haha



... VIVA LA VIDA ...



ohh.. sgt rindu kn kamu lah sekarang nie sayang...
jaga diri baik-baik ye..


p/s : jangan macam2 ye.. 


Sunday, October 24, 2010

... LELAKI PERLU TAHU ...


Apa Yang Perempuan Fikirkan Yang Lelaki Perlu Tahu

1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..alalala

2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..

3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..

4) Setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..

5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..

6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!hoi kau bukan nak kahwin dengan kawan kan.!

7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!

8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.double like!

9) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!like like

10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.haa tau pon.lelaki tak pernah paham

11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!emmm.:'(

12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu.kalau tak tertahan terkeluar jugak.huwaaaa.

13) Perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.

14) Pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!hohoho kuat berangan betul.lagi lagi tengok cite romantika d amor.auchh

15) Jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu.



p/s : ape yg AWAK perlu tahu ialah saya SAYANG AWAK sorang saje... :)


Tuesday, October 19, 2010

... PERSONALITI & MAKSUD BUNGA ...



Sebelum korang hadiahkan bunga sebagai pemberian, jomi kita sama-sama selidik maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna
Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran

Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda

Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi

Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’

Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza.



p/s : bunga TAIK AYAM..?? hahaha




... HAIWAN / BINATANG ...



 * Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat. *

* Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap. *

 * Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya. *

* Gigi ketam terletak di dalam perutnya. *

* Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka. * 

* Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci. *

Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang. *


* Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan. *

* Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi. * 

*nSotong mempunyai tiga jantung. *

* Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa. *

* Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. *



p/s : HEBAT...!!


Thursday, October 14, 2010

... JUARA ...


 kedai roti SEASON      vs     KAK HUDA bakery
*lalalalalalahudaniperasangilalah*
haha
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

fuiyoooohh...
tajuk die mcm ade pertandingan ape je kn...
ini bkn pertandingan mcm kt Sukan Komanwel tu yee kwn2...

keyh2...
kalu korang baca entry aku yang INI... msti korang tawu kn yg mase cuti raye dulu sempat lah aku bwt cream puff nie...
sbnr nye aku dh lame t'ingin nk mkn... tp x beli2 pon...
cream puff yg femes mcm Beard Papa's...
kalu kt KL leyh cari kt One Utama, Mid Valley dgn Pavillion..
kalu kt JB plak leyh g cari kt City Square...

iye lah kn.. kalu nk beli pon agak mahal jgk lah harga die.. 1 ketul tu dlm rm3 lebih jgk la kot...
huuuuu... tu sbb lah aku bwt... sbb nk ase sgt kn... 
*rajin n bersemangat kan aku.. sila angguk kan kepala anda* haha

tp tdi mase aku g Pelangi, pegi la beli roti kt Season..
tgh pilih2 roti t'nampak lah pulak Cream Puff nie... tgk harga pon xde la mahal sgt...
dlm rm2 je kot... tp mak kau... gebuuuus giler... tembam mcm aku...
*ehh bukan... mcm monyet aku lah...
aik.. bile aku bela monyet??*
hahaha

so.,bile dh mkn tu bwt la comparison.. nk tawu je same ke rase yang aku bwt dgn yang jual kt kedai..
yeay...! rase nye lebih kurang same je... tp aku punye lagi sedap lah kot sebab aku bwt ikot citarasa aku..
*uweekk... nk menang aje huda nie taw* 
hahaha



p/s : ade sape2 nk rase ke air tangan KAK HUDA nie...?? jgn malu2 ek.... kahkahkah



Wednesday, October 13, 2010

... TERINDAH ...


uwaaaaaa... 
sgt2 rindu kn orang2 yg saya sayang lah...
kapan mau ketemu ini..? hahah


MAK saya... syg beliau sampai mati...

HERO2 n PUTERI nakal kesayangan saya..

kami 3 beradik PEREMPUAN.. (kecuali si kecik yg tgh t'sengih tu yeee) hehe

family ABANG saya..

motif : nk tunjuk ABANG IPAR saya... tawu kn yg mane 1..? haha

ENCIK kesayangan saya.. owh..saya mencintai anda... kahkahkah



p/s : yahuuuuuu... minggu nie balik kampuuuuuuuung...!!!



Sunday, October 10, 2010

... PHOTOSHOOT ...


holla2.... hehehe
lg post psal angkasawan kite...
sape2 yg nk tgk photoshoot pre-wedding dieowg leyh ar klik kt sini yer...
sweet giler....
n yg pasti pix nye smart2 belaka lah.... huhuh



p/s : untung nye....











Saturday, October 9, 2010

... PERKAHWINAN KAYANGAN ...


helloooooooooooo.... :)))

esok tarikh yg agak menarik jgk la kn... 
10/10/2010
fuhhh....!!! msti rmai punye ar yg bwt kenduri kawen sok...
lg2 sok ari ahad kn... mmg ngam sgt lah kalu nk bwt kenduri kendara... huhu

mesti korang sumer dh tawu kn yg esok ANGKASAWAN negara kita
Angkasawan Negara kita. Datuk Dr. Sheikh Muszphar akan berkahwin bersama pasangannya Dr. Harlina.
dgr tema die pon dh mcm grand kebaboooooom kn... huhu

keyh2...
meh aku nk share skit dgn korang sume... aku tawu mesti ramai yg frust menonggeng kn bile dpt tawu die nk kawen dh...  sabooooooor je lah yer... x dapek den nak nolong... hehe

Tarikh 10.10.10.. mungkin bakal menjadi satu  tarikh yang bermakna untuk seseorang tahun ni. Selalunya tarikh-tarikh ni selalu dipilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Betul tak? Termasuk la Angkasawan Negara kita. Datuk Dr. Sheikh Muszphar bersama pasangannya Dr. Harlina. 

Majlis perkahwinan ni jugak mungkin dikatakan sebagai 'Wedding of The Year' dengan ramai tetamu jemputan dari luar negara. Majlis perkahwinan ni bakal dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebelum kita cerita lebih lanjut pasal Majlis Perkahwinan Dr. SMS dengan Dr. Harlina ni, jom kita tengok gambar-gambar Pra-Perkahwinan beliau.





Macam berada di alam fantasi pulak kan?..Hehehe. Kalau tak silap aku, berdasarkan maklumat yang aku dapat, fotographer untuk wedding Dr. SMS dengan Dr. Harlina ni mungkin cecah ribuan ringgit. Paling kurang pun RM 10,000. Tapi tak tahu la kalau dapat sponsor kan?

Ape-ape pun kalau korang nak tengok Majlis Gilang-Gemilang Perkahwinan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Harlina, nantikan siaran langsung di TV3. Siarang langsung terus dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) jam 2 petang. Manakala Siaran Tertunda untuk majlis Akad Nikah Dr. Sheikh akan disiarkan dalam slot NONA. Esok same-same kita duk depan TV ye. Hehehe.



sumber : dari SINI (tenkiu2 tuan punye) :))




p/s : dush..!! aku pon jeles jgk nie... 
"AWAK2, BILE KITE NK KAWEN NIE..?" hahahaha




 

Thursday, October 7, 2010

... LORONG GELAP ...


salam sumer...
slmt ari khamis... huhu
skrg nie kt kolej n dlm kls...
tgh tunggu next kls pkul 12.30 nnti...
ape nk bwt bile kne tunggu lame2 nie...? bosan2 post la entry kt sini kn...

ohh..!! jap lg ade jamuan HARI RAYA kt kolej aku nie...
msih dlm mood n bln raye lg kn... leyh ar tuh.... huhu
keyh... babai...








p/s : johor bahru BOSANNNNNNNN....!!!! 



Sunday, October 3, 2010

... TUN DR. MAHATHIR MASUK HOSPITAL ...


Tun Dr Mahathir telah di masuk kn ke hospital di Melbourne...
mari lah kita ramai2 mendoakan moga Tun akan cepat sembuh...
nk tawu cerita selanjutnye...
klik kt SINI



p/s : kagum dengan beliau...


Saturday, October 2, 2010

... ADA ORANG SAYANG AWAK ...


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...