salam..
selamat petang semua.. :) petang nie nak buat entry pasal makanan lagi lah.. boleh tak..? hehe.. ringkas-ringkas je lah yee entry petang nie.. mood dah ke laut nie.. hihi..
resipi ambil dari blog Kak Izah jugak.. sebab nak habis kan baki labu masa buat muffin labu kukus nie.. so, resipi nie dah lama lah kan.. baru nak update je.. hehehe.. tapi muffin nie sedap taw.. kali nie buat yang guna kaedah bakar.. lagi-lagi bila ade coklat chip kat atas tu.. lagi lah sedaaaaaaap.. huhu
nak mintak izin Kak Izah lah yee nak share resipi kat sini.. :) jom tengok resipi nye.. simple je.. so, boleh lah try.. huhu
MUFFIN LABU (PUMPKIN MUFFIN)
by: izahdaut
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/2 sk garam
1/2 cawan labu lecek
1/4 cawan yogurt
2 biji telur
1/4 cawan minyak
1/3 cawan gula
sedikit vanilla essence
coklat chip untuk hiasan
Cara-cara
1. Panaskan oven ke 190 C.
2. Ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam. Ketepikan.
3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan dan taburkan coklat cip di atasnya.
7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.
p/s : buat jangan tak buaaaaaaaaaat :))