I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, February 24, 2012

BLOG ELAKKAN TEKANAN ?





salam..

selamat petang semua.. petang nie Huda nak balik kampung dekat Pasir Panjang, Perak.. ada kenduri kahwin sepupu... yippiiiiii.. sementara tunggu abang Huda tak sampai-sampai lagi nie sempat lah kan nak share kan pasal artikel dekat atas tu kejap.. huhu

betul ke tak tu tak tahu lah kan.. terpulang pada diri masing-masing.. tapi kalau nak tanya pendapat Huda, jawapan nya betul jugak lah.. sebab dekat blog nie kita boleh dapat tawu macam-macam cerita yang dikongsikan.. sedikit sebanyak tekanan-tekanan yang ada tu boleh lah kurang sikit kan.. lagi 1 blog jugak boleh jadi tempat kita nak luah kan perasaan atau apa-apa masalah.. lagi-lagi orang macam Huda nie yang tak suka kongsikan masalah diri  dengan orang lain.. maksud yang lain nye ialah Huda nie seorang yang PERAHSIA sebenarnya.. huhu

tak kisah lah apa-apa kan.. sebab semua tu bergantung pada diri masing-masing lah kan.. tiap-tiap orang ada cara sendiri nak selesaikan masalah.. hehehe





p/s : semoga selamat sampai dan selamat pulang..  :) 




 

 

Wednesday, January 11, 2012

BETUL KE ORANG MINYAK WUJUD..?


salam..

straight to the point lah kan.. kalau korang baca tajuk tu apa jawapan yang korang akan bagi..? masih wujud lagi ke orang minyak sekarang nie..? aku sendiri pun tak tahu selagi belum jumpa betul-betul depan mata.. tapi kalau boleh memang taknak jumpa lah kan.. huuuuu

bukan apa, sejak kebelakangan nie cerita pasal orang minyak nie dah jadi bahan bualan.. apa yang paling seraaaaaaaaaam nye mengikut cerita orang minyak sekarang nie tengah aktif berdekatan dengan BATU CAVES.. mana lah aku tak cuak kan.. dah lah rumah aku dekat je kot dengan Batu Caves.. encik buah hati cakap orang minyak sekarang nie tengah aktif dekat kawasan rumah die.. dekat Pangsapuri Laksamana tu.. siap dengar lagi macam ada bunyi lompat-lompat kat atas bumbung.. lagi-lagi bila baca blog wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidik makin kuat lah perasaan cuak aku tu..

semalam tengah syok-syok tengok ulangan bola Kelantan lwn Lion XII dalam pukul 12.30 mlm tiba-tiba dengar bunyi anjing menyalak.. terus tegak je bulu roma aku nie bila dengar.. ingat macam nak buat-buat tak dengar lah sebab bola nie pun lagi sikit nak habis.. tapi memang tak kuat iman lah kot.. terus tutup tv, lampu semua then lari masuk bilik..  -__-

aku pun tak tahu sama ada betul ke tak adanya orang minyak tu.. tak kisah lah kan wujud ke tak yang penting semua mesti kena jaga diri dengan lebih berhati-hati lepas nie.. yang penting jangan lemah semangat kot.. kena kuatkan iman.. Insyaallah, takde apa-apa yang berlaku..







p/s : Ya Allah, jauhi lah aku dari sebarang kecelakaan.. aminn



 

 

Sunday, October 16, 2011

CUBA DAN LIHAT






salam..

okay lah.. siapa-siapa yang belum tidur tu cuba lah korang try aktiviti nie yee.. hehehe




JOM KITA MULA !!  :)


1. Fokus pada titik merah di tengah-tengah tu taw

(Terus memberi tumpuan pada titik tu lebih daripada 30 saat)



2. Korang komen ye jika bulatan biru tu hilang dan cuba bagi pendapat kenapa jadi macam 

tu.







p/s : share dari MUKA BUKU   :D



 

 

Monday, October 10, 2011

LELAKI PERLU TAHU YANG PEREMPUAN . . . .




Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian.




Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut 
kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.




“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”






p/s : saling memerlukan




 


 

Wednesday, October 5, 2011

7 KEAJAIBAN DALAM AIR


 PALAU


 sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik.  Palau adalah salah satu daripada negara-negara termuda dan terkecil di dunia. Palau mengalami iklim tropika sepanjang tahun. Negara ini tidak mempunyai landasan kereta api, dan hampir kesemua jalan raya tidak diturap. Kelajuan memandu yang dibenarkan ialah 40 km/h (25 mph). Perkhidmatan kereta sewa atau teksi hanya disediakan di Koror. Perkhidmatan teksi ini tidak menggunakan meter, malah tambangnya juga tidak boleh dirunding. Justeru itu, perkhidmatan bas awam juga menjadi pilihan utama.



Great Barrier Reef



ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km². Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut AustraliaTerumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.



TERUMBU SAWAR BELIZE




Belize adalah terumbu karang yang terpanjang di hemisfera barat dan yang ke-2 paling panjang di dunia selepas Great Barrier Reef. Caye Caulker adalah dianggap sebagai syurga bagi penyelam.



KEPULAUAN GALAPAGOS



Kepulauan Galápagos atau Galapagos saja adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri dari 13 pulau-pulau berapi dan batuan yang terletak di Samudra Pasifik sekitar 1.000 kilometer sebelah barat pesisir Amerika Selatan, Galapagos merupakan sebahagian dari Ekuador. Pulau tertuanya berusia sekitar 4 juta tahun dan yang termuda masih sedang dalam proses pembentukan. Galapagos memang merupakan salah satu daerah gunung berapi yang paling aktif di dunia.



TASIK BAIKAL

Olchon1.jpg

Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Rusia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer. Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari. Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.




LAUT MERAH



Laut Merah adalah sebuah teluk di Lautan Hindi , di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Di utara ialah Semenanjung SinaiTeluk AqabaTerusan SuezBertempat di Lembah Gelinciran Besar. Luasnya sekitar 450,000 meter persegi. Panjangnya 1900 km dan lebarnya lebih 300 meter. Kedalaman laut mencapai 2500 meter di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 500 m.Nama Laut Merah tidak bermakna lautnya berwarna merah. Sejak dari dahulu lagi warna air laut tidak berwarna merah. Warna merah merujuk kepada warna bunga sianobakteria. Mungkin juga warna kayu Harei Edom yang berwarna merah. Terdapat pelbagai hidupan marin di dalamnya. Antaranya 1000 jenis interbrata , 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin antara 3.6% hingga 3.8%. 





p/s : subhanallah.. 


 

 

Wednesday, August 10, 2011

ZAKAT FITRAH



Salam..

Pagi nie aku nak kongsi kan dengan korang tentang zakat fitrah yee kawan-kawan.. 
Zakat fitrah nie dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

dekat bawah nie pulak beberapa hukum yang berkaitan dengan waktu untuk membayar zakat fitrah :-

- Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. -

- Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. -

- Waktu Afdhal iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat Raya Aidil Fitri. -

- Waktu Makruh iaitu selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). -

- Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. -

kewajipan membayar zakat fitrah nie pulak ialah :-

1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

aku sertakan jugak Niat Zakat Fitrah yang korang kena lafazkan masa nak bayar zakat fitrah tu nanti :-

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”


so, siapa-siapa yang belum bayar zakat fitrah tu boleh lah yee pergi bayar.. sekrang nie pun banyak dah kaunter untuk bayar zakat fitrah nie dibuka.. jangan nak tunggu lagi 10 minit solat hari raya baru lah nak bayar..  -__-





p/s : ade ke siapa-siapa yang tak pernah langsung bayar zakat fitrah nie????



 


 

Monday, July 25, 2011

BERHANTU



haluuu...

korang nak tawu antara tempat-tempat yang berhantu dekat Malaysia nie?
nie antara yang dapat aku kongsi kan untuk korang..  :)


  1. 1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur 
2. Institut Victoria, Kuala Lumpur 

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur 

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur 

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur 

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur 

7. Hospital Lady Templer. 

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 

9. Berhampiran Poliklinik Cheras

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort 

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur 

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur 

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang 

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu 
Bharu, Selangor 

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor 

16. Kellies Castle, Perak 

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak 

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai 
Perak, Perak 

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak 

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran 
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang. 

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah 

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah. 

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah. 

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang. 

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang. 

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang 

28. Kawasan Kota Lama, Melaka




p/s : nasib baik dekat Batu Caves tak berhantu.. haha






 

glitter-graphics.com

Tuesday, December 28, 2010

BUKAN SENANG JADI SURI RUMAH


sumber : Berita Harian (27/6/2010)

Amanah berat bukan setakat layan suami tetapi didik anak

“KAMI tak kerja, hanya suri rumah sepenuh masa,” itulah kata-kata wanita yang tiada kerjaya tetap di luar rumah. 

Seorang pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, pernah menegur sikap rendah diri suri rumah yang tidak mengaku urusan rumah tangga sebagai kerjaya ketika memberi ceramah di Masjid Bandar Baru Sentul, baru-baru ini. 
Menurutnya, memanglah tugas suri rumah tidak diiktiraf sebagai kerjaya kerana ia tidak mendapat gaji tetap setiap bulan.
Bagaimanapun, tanggungjawab golongan ini menguruskan rumah tangga, mendidik anak tidak harus diperkecilkan. Seseorang suami katanya, patut membayar upah setimpal di atas pengorbanan isteri menguruskan keluarga dengan baik. Bagaimanapun, katanya, wanita yang menjadi suri rumah perlu reda melakukan tugas diamanahkan itu walaupun tidak mendapat ganjaran sewajarnya. 

Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha melahirkan generasi pewaris negara. 
Kerja di rumah tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah ketika berada di pejabat. 

Apa tidaknya, celik je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.  Malah sebelum tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya. Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah, membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari. 

Waktu senggang bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding bapa. 

Kongsi rasa kali ini cuba menyelami kerjaya suri rumah. Peranan suri rumah sebagai penggerak ekonomi keluarga penting. Jika suami ibarat `Perdana Menteri’ yang mengatur pentadbiran rumah tangga, peranan si isteri pula samalah seperti `Menteri Kewangan’ merangkap ‘Menteri Pembangunan Keluarga’. Jika pandai merancang perbelanjaan harian serta urusan rumah tangga lain seperti ada kepakaran menjahit pakaian, boleh membantu memantapkan ekonomi keluarga. 

Memang tidak salah wanita berpendidikan tinggi bekerja di luar sana, tetapi mereka kena pandai memainkan peranan sebagai suri dan wanita berkerjaya. Dalam melaksanakan dua peranan inilah kadang-kadang ada pihak yang terabai. Golongan yang berpendidikan tinggi memang aset penting kepada negara. Ada sesetengah menganggap rugi golongan yang berpendidikan tinggi tidak bekerja. 

Tetapi jika dilihat banyak kes penderaan kanak-kanak yang ditinggal di rumah pengasuh, gejala sosial membabitkan anak muda, Akak rasa peranan wanita perlu dilebihkan kepada rumah tangga. Tak guna kita memiliki kemewahan hidup dengan wang ringgit berkepuk, tetapi anak kehilangan kasih ibu sendiri. Anak yang sepatutnya disuap ibu, sebaliknya dilayan pembantu rumah atau diletakkan di pusat jagaan. 

Tidak hairanlah apabila dewasa, si anak tidak berasa bersalah membiarkan ibu bapa hidup sendirian kerana menganggap tuntutan tugas lebih penting daripada melayan kerenah orang tua.  Jika dulu anak diletakkan di pusat jagaan, kini giliran ibu bapa pula menagih kasih di rumah orang tua. 

Untuk mengelak pusingan roda kehidupan itu menular kita, mengapa tidak kita kembalikan fungsi rumahku syurgaku dengan membetulkan peranan setiap anggota dalam keluarga. Bapa wajar bertanggungjawab memberikan rezeki kepada keluarga bukan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada isteri. Jika kelebihan ada pada isteri untuk bekerja di luar rumah, tak salah juga bagi suami mengambil alih kerja mengurus rumah tangga. 

Bagaimanapun sudah fitrah, seorang suami ada ego yang menganggap kerja di rumah remeh. Jika mereka tidak mahu imej tercalar kerana mengambil alih tugas suri rumah, mereka patut menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 






p/s : anda sudah bersedia..?? tepuk dada tanya selera.. :)



Sunday, November 14, 2010

... ADAB TERTIB PENGAPIT PERKAHWINAN ...


1.) Sentiasa tersenyum! Semua mata ialah pada tetamu-tetamu kehormatan dan pengantin perempuan. 

2.) Ingat majlis keseluruhan merakamkan. Banyak pengantin perempuan melihat video kemudian pengapit pengantin perempuan mereka kelihatan bosan

3.) Pastikan anda teruskan pada tanggungjawab pengantin perempuan anda. 

4.) Jika anda mula rasa lemahmelangkah ke luar dan dudukTiada siapa mahu anda jatuh semasa majlis ituUntuk menghalang dari jatuh pitambernafas dengan perlahan dan dengan dalam

5.) Memastikan bertemu mata pengantin perempuan kerapDia perlu sokongan moral dari kawan-kawan rapatnya. Ia akan membantu semasa masa-masa emosi majlis.

6.) Faham yang mungkin ada beberapa tradisi-tradisi menarik semasa majlis itu. Ini termasuk lampu lilin, pemecahan gelas, menuang pasir , malah lagu-lagukhas / sajak-sajak. Jadi pemahaman dan sokongan. Ini akan membuat pasangan itu gembira.





p/s : x pernah jadi pengapit lg.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...