I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Showing posts with label puase. Show all posts
Showing posts with label puase. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

ZAKAT FITRAH



Salam..

Pagi nie aku nak kongsi kan dengan korang tentang zakat fitrah yee kawan-kawan.. 
Zakat fitrah nie dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

dekat bawah nie pulak beberapa hukum yang berkaitan dengan waktu untuk membayar zakat fitrah :-

- Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. -

- Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. -

- Waktu Afdhal iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat Raya Aidil Fitri. -

- Waktu Makruh iaitu selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). -

- Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. -

kewajipan membayar zakat fitrah nie pulak ialah :-

1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

aku sertakan jugak Niat Zakat Fitrah yang korang kena lafazkan masa nak bayar zakat fitrah tu nanti :-

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”


so, siapa-siapa yang belum bayar zakat fitrah tu boleh lah yee pergi bayar.. sekrang nie pun banyak dah kaunter untuk bayar zakat fitrah nie dibuka.. jangan nak tunggu lagi 10 minit solat hari raya baru lah nak bayar..  -__-





p/s : ade ke siapa-siapa yang tak pernah langsung bayar zakat fitrah nie????



 


 

Tuesday, August 9, 2011

SAMBUTAN


Salam..

hye korang.. dah berapa hari dah kan tak post entry dekat sini.. maap-maap.. hehe
kat office sekarang nie.. yang ade dekat office pun berapa kerat je nie.. yang lain semua keluar.. 

tadi dekat meja aku nie kitaorang cakap-cakap pasal musim raya lah kan.. yang famous mestilah pasal makanan dengan mercun kan.. hehe.. tadi abg Hadi cerita die setiap tahun mesti akan belanja kan lebih kurang rm300++ untuk beli mercun.. mak aiii..!! banyak tuuuu.. die cakap kawan die jual mercun siap ade catalog taw.. siap berwarna lagi.. ambooi.. kemaaaaaaaaaain taw.. -_-

lepas tu puan Mas pulak cerita pasal makanan.. die cakap tahun nie die 1 family nak buat lemang.. fuhhh..! memang kecur teman mendengooooor nyeeee.. huhu.. 

okay..
cakap pasal makanan esok staff kat office nie ade buat majlis buka puasa.. semalam dieorang book dekat hotel Selesa Inn.. alaa.. depan Maju Junction tu je.. kire nye esok kiteorang jalan kaki je lah nak ke situ nanti.. buffet untuk buka puasa esok die buat makanan kampung.. harga nye pun berpatutan jugak lah kot dari tempat lain aku rasa.. dewasa rm23/- and kanak-kanak pulak rm12/-.. bawah 6 tahun freeeee..... :D






p/s : 1 lagi kenangan manis akan terpahat  :(





 

 

Saturday, August 6, 2011

MASA


salam..

kejap je kan kite dah masuk puasa yang ke-6.. esok genap lah seminggu kan kita berpuasa.. tapi kan memang aku rasa pun yang sekarang nie masa macam berlalu dengan pantas kan.. kalau hari kerja lagi lah terasa.. pejam celik tengok-tengok dah pukul 4.30 ptg.. huhu

puasa korang setakat nie macam mana? ok kan.. dah besaaaaaaaauu takkan lah tak ok lagi kan.. sekarang nie pun aku tengok ramai dah yang buat preparation untuk raya.. elok jugak  lah tu.. kalau buat last-last minit nanti mesti macam kelam kabut kan.. huhu

kejap lagi plan nak kuar dengan encik buah hati.. hehehe.. pergi jalan TAR je.. ingat nak tengok-tengok selendang.. boleh buat pakai raya nanti kan.. :p  
nak tengok sekali lah baju kurung yang aku dah aim hari tu.. harap-harap ade lah lagi kan.. huhu




p/s : ingat sebelum habis.



 

 

Monday, August 1, 2011

TERAWIH


Antara kelebihan-kelebihan solat terawih :-

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




p/s : terawih jangan ingat kan ganjaran je yeee :)





 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...