Salam..
Pagi nie aku nak kongsi kan dengan korang tentang zakat fitrah yee kawan-kawan..
Zakat fitrah nie dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
dekat bawah nie pulak beberapa hukum yang berkaitan dengan waktu untuk membayar zakat fitrah :-
- Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. -
- Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. -
- Waktu Afdhal iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat Raya Aidil Fitri. -
- Waktu Makruh iaitu selepas solat Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). -
- Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. -
kewajipan membayar zakat fitrah nie pulak ialah :-
1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
aku sertakan jugak Niat Zakat Fitrah yang korang kena lafazkan masa nak bayar zakat fitrah tu nanti :-
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”
so, siapa-siapa yang belum bayar zakat fitrah tu boleh lah yee pergi bayar.. sekrang nie pun banyak dah kaunter untuk bayar zakat fitrah nie dibuka.. jangan nak tunggu lagi 10 minit solat hari raya baru lah nak bayar.. -__-
p/s : ade ke siapa-siapa yang tak pernah langsung bayar zakat fitrah nie????
0 comments:
Post a Comment