I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Wednesday, December 29, 2010

APEX


salam...
first sekali nak cakap SYABAS lah dekat team HARIMAU MALAYA sebab impian nak jadi Juara Piala AFF Suzuki tu tercapai jugak kan... ALHAMDULILLAH... harap-harap lepas nie banyak lagi kejuaraan yang kite dapat.. :)

sekarang nie memang banyak orang nak post pasal bola kan... lagi-lagi kat FB... dan tajuk utama nye mesti lah tentang penjaga gol nye yang kacak lagi bergaya tuh... hehe 
walaupun 2 gol yang die lepas kan tapi takpe lah kan.. rezeki Indon kot... pape pun kite tetap JUARA...! huhu





naseb baek die dah berpunya youuuuuuuu... bertuah betul kak Elia sebab dapat.. kalau aku tu dah jaga baek-baek dah tuh... iye lah... mesti saham die tengah naik tuh... hahaha...


mak aiiii... sweet lah pulak dieorang nie kan... hope kekal sampai anak cucu lah hendak nye... 

sumber gambar : dari sini





p/s : suke tengok couple yang suweeet2... :))

 

 

CABUTAN BERTUAH




amacam..?
korang nak tak coklat yang kat atas nie... free je taw.. sape yang nak bagi...? huhu
kalu korang nak jom lah join cabutan bertuah yang MYSHOPBELLO buat nie...

syarat-syarat nye pun simple je.. korang just kene follow blog nie je... blog nie best taw sebab die ade jual kek, cupcake and homemade chocolate.. kalau korang terliur boleh lah order sekali kan.. murah-murah je pun... kalau nak belajar boleh lah masuk kelas terutama yang duduk dekat Taiping ang Butterworth..

jom-jom kite join ramai cabutan bertuah nie... :)




p/s : nak belajar buat coklat pulak... 



 

 

TECIK CRAFT'S GIVEAWAY




tadi saje je bukak blog Tecik Craft sebab rasa macam nak order car charm... sekali bukak tengok kak nurul buat post pasal Tecik Craft's Giveaway... terus aku rasa macam nak join je.. huhu...

aku suke sangat dengan benda-benda craft yang comel lote nie... rasa macam nak makan-makan je kan... aku ade order keychain kat Tecik Craft nie dulu.. nak tengok boleh klik dekat sini yee... 

sebenarnya nie first time aku join giveaway nie.. nak cube nasib lah kata kan... tapi serius memang aku suke dengan blog Tecik Craft nie... nak tawu sebab-sebab nye..? huhu

first, sebab produk-produk dieorang memang comel-comel... lagipun ade macam jenis.. ade keychain, car charm, plushie, handphone charm and macam-macam lagi lah... korang boleh singgah kat blog tu kalu nak tengok ape yang ade lagi... tapi aku saran kan korang MESTI singgah blog tu taw... mesti korang rasa macam nak picit-picit je benda-benda tu semua taw...  

second, sebab craft-craft tu semua memang kemas sangat taw jahitan die... kemasan tu perkara yang penting juga kan... korang boleh pilih bentuk macam mana yang korang nak...
aku percaya mesti korang akan puas hati taw..

so., ape lagi korang..
jom lah join Tecik Craft's Giveaway nie... kalau ade rezeki boleh dapat hadiah yang comel-comel tu... good luck jugak untuk sape-sape yang join (termasuk lah untuk diri aku sendiri..hehe) 




p/s : tangan aku takde seni sangat.. :p

 

 

SAYANG



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. 

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.





p/s : others..



Tuesday, December 28, 2010

BUKAN SENANG JADI SURI RUMAH


sumber : Berita Harian (27/6/2010)

Amanah berat bukan setakat layan suami tetapi didik anak

“KAMI tak kerja, hanya suri rumah sepenuh masa,” itulah kata-kata wanita yang tiada kerjaya tetap di luar rumah. 

Seorang pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, pernah menegur sikap rendah diri suri rumah yang tidak mengaku urusan rumah tangga sebagai kerjaya ketika memberi ceramah di Masjid Bandar Baru Sentul, baru-baru ini. 
Menurutnya, memanglah tugas suri rumah tidak diiktiraf sebagai kerjaya kerana ia tidak mendapat gaji tetap setiap bulan.
Bagaimanapun, tanggungjawab golongan ini menguruskan rumah tangga, mendidik anak tidak harus diperkecilkan. Seseorang suami katanya, patut membayar upah setimpal di atas pengorbanan isteri menguruskan keluarga dengan baik. Bagaimanapun, katanya, wanita yang menjadi suri rumah perlu reda melakukan tugas diamanahkan itu walaupun tidak mendapat ganjaran sewajarnya. 

Tugas suri rumah bukan setakat melayan suami dan melahirkan zuriat, tetapi amanah yang dipikul amat berat kerana ia membabitkan usaha melahirkan generasi pewaris negara. 
Kerja di rumah tiada pengkhususan seperti dibuat oleh mereka yang bekerja secara formal di pejabat. Malah ada suri rumah bekerja mengatakan, masa rehat sebenar ialah ketika berada di pejabat. 

Apa tidaknya, celik je mata tanda bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.  Malah sebelum tidur, seseorang suri rumah sudah merancang apa yang hendak dibuat keesokannya. Perkara pertama yang difikirkan ialah menyediakan sarapan untuk anak dan suami supaya ceria sebelum memulakan tugas masing-masing, kemudian mengemas rumah, membasuh pakaian, ke pasar membeli keperluan untuk sajian tengah hari. 

Waktu senggang bergantung kepada keadaan anak. Kalau anak masih kecil memang tak menang tangan menyediakan keperluan mereka. Itu belum lagi berdepan masalah kesihatan keluarga. Anak yang sakit biasanya lebih memerlukan pemerhatian ibu berbanding bapa. 

Kongsi rasa kali ini cuba menyelami kerjaya suri rumah. Peranan suri rumah sebagai penggerak ekonomi keluarga penting. Jika suami ibarat `Perdana Menteri’ yang mengatur pentadbiran rumah tangga, peranan si isteri pula samalah seperti `Menteri Kewangan’ merangkap ‘Menteri Pembangunan Keluarga’. Jika pandai merancang perbelanjaan harian serta urusan rumah tangga lain seperti ada kepakaran menjahit pakaian, boleh membantu memantapkan ekonomi keluarga. 

Memang tidak salah wanita berpendidikan tinggi bekerja di luar sana, tetapi mereka kena pandai memainkan peranan sebagai suri dan wanita berkerjaya. Dalam melaksanakan dua peranan inilah kadang-kadang ada pihak yang terabai. Golongan yang berpendidikan tinggi memang aset penting kepada negara. Ada sesetengah menganggap rugi golongan yang berpendidikan tinggi tidak bekerja. 

Tetapi jika dilihat banyak kes penderaan kanak-kanak yang ditinggal di rumah pengasuh, gejala sosial membabitkan anak muda, Akak rasa peranan wanita perlu dilebihkan kepada rumah tangga. Tak guna kita memiliki kemewahan hidup dengan wang ringgit berkepuk, tetapi anak kehilangan kasih ibu sendiri. Anak yang sepatutnya disuap ibu, sebaliknya dilayan pembantu rumah atau diletakkan di pusat jagaan. 

Tidak hairanlah apabila dewasa, si anak tidak berasa bersalah membiarkan ibu bapa hidup sendirian kerana menganggap tuntutan tugas lebih penting daripada melayan kerenah orang tua.  Jika dulu anak diletakkan di pusat jagaan, kini giliran ibu bapa pula menagih kasih di rumah orang tua. 

Untuk mengelak pusingan roda kehidupan itu menular kita, mengapa tidak kita kembalikan fungsi rumahku syurgaku dengan membetulkan peranan setiap anggota dalam keluarga. Bapa wajar bertanggungjawab memberikan rezeki kepada keluarga bukan menyerahkan tugas mencari rezeki kepada isteri. Jika kelebihan ada pada isteri untuk bekerja di luar rumah, tak salah juga bagi suami mengambil alih kerja mengurus rumah tangga. 

Bagaimanapun sudah fitrah, seorang suami ada ego yang menganggap kerja di rumah remeh. Jika mereka tidak mahu imej tercalar kerana mengambil alih tugas suri rumah, mereka patut menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 






p/s : anda sudah bersedia..?? tepuk dada tanya selera.. :)



Monday, December 27, 2010

KAHWIN


salam..
entry tengah malam datang lagi... hehe... nak cerita je pasal aktiviti semalam..
tajuk kahwin tu sebab aku pergi rumah orang kahwin.. tu je.. takde makna lain ok... :)

kenduri tu dekat Batu Arang.. dekat Ijok lah kan... kalu aku nak pergi sana sendiri memang sampai malam lah baru sampai.. sesaaaaat... hehehe... so., aku drive dulu bawak mak dengan kakak aku pergi rumah abang aku dekat Sg.Buloh... lepas tu baru kitaorang gerak pergi rumah kenduri.. tak jauh sangat lah... gambar pengantin nanti aku post ek.. sebab tak amik lagi dari camera kakak aku... huhuhu..


lepas tu balik rumah aku balik sebab nak rehat2 sikit... aku siap tidur kot kejap kat rumah die... hehe... bangun2 je terus dieorang cakap nak pergi Jakel kat Shah Alam.. aku ingat nak tengok2 je lah kan kain2 dekat situ.. sebab duit dalam poket tak banyak.. huuuu...
lepas je kakak aku bayar terus manager announce yang promotion untuk happy hour dah start.. dieorang just buat 15 minit je.. turun kan harga jadi separuh.. mak aku pon cepat2 lah pilih kain semua kan... mana yang rasa cantik amik je cepat2.. masa pon dah tak banyak.. hehe... so.,dapat lah beli 4 pasang kain... sorang satu keyh... hehe

sampai je kat rumah aku terus tengok tv sebab bola dah start.. dengan belum mandi nye lagi... huhu... takpe2.. demi negara lah konon nye... ;)
hoyehhh2..!! Malaysia menang... memang betul lah ramalan yang aku dengar kat radio masa tengah drive tu.. semua nye cakap 3-0.. Alhamdulillah.. kali nie rezeki berpihak kat negara kite kot.. harap2 2nd leg nanti rezeki untuk kite ade lagi.... :)

penjaring gol pertama... syabas..!! :)
 source: google

penjaring gol kedua... syabas..!!
source: google

source : google
penjaga gol handsome... syabas..!! :p
boleh jadi macam casillas lah die nie kalu usaha lagi... huhu
tapi die dah ade awek lahhhh.... nak tengok blog awek die boleh klik sini...
sweet lah dieorang nie... :)






p/s : ape ade dengan ranking..? 


 

 

SEPETANG BERSAMA








tak tahu nak tulis ape tapi nak jugak post entry.. 
so,tempek je lah gambar budak2 nie.. hehehe





p/s : dieorang ajak pergi Perpustakaan Negara   :)




 

 

SMILE CONTEST



tengah bosan-bosan duduk rumah buat kan aku rasa nak join contest lagi..
kira nie contest yang kedua lah aku join buat masa nie.. huhuhu
nak tawu contest tak..?
.
.
.


contest nie di organized oleh muna & sherry..

contest nie terbahagi kepada 3 kategori :-
- kategori senyum paling besar
- kategori senyum paling manis
- kategori senyum paling sopan
.
.
.

gambar senyuman yang aku nak pertaruhkan ialah (konon-konon je kau nie huda).........
.
.
.
aku rasa dengan gambar nie aku nak masuk kategori 
- kategori senyum paling manis
(^_^)


aku nak tag 5 follower untuk join contest nie :-




p/s : sape-sape yang nak join pon boleh je lagi... :)


 

 

BROTHER


selamat hari jadi ngah yang ke-33..
wahhh...!! sudah tua lah kamuuuuuu.... huhu
semoga panjang umur, murah rezeki and bahagia selalu dengan keluarga anda yeeee...
(birhtday dia minggu lepas tapi baru dia nak beli kek.. hoihoi)




p/s : chocolate indulgence dah habis... uwaaaaa.. nak lagi... :(

 

 

Sunday, December 26, 2010

SWEET


siang tadi keluar pergi jalan2(sama jugak maksud nye dengan dating yee.. hehe) dekat Mid Valley.. walaupun tawu dekat situ mesti ramai orang punye tapi  tetap nak pergi jugak... bukan ape sebab bila ade pape perayaan mesti decoration dieorang paling tiptop lah.. huhu.. untuk Krismas tahun nie aku rasa tema dieorang Teddy Bear kot... banyak sangat bear dekat situ... besar2 pulak tuh... 


kat belakang tu bear yang paling besar sekali dekat situ.. tenggelam aku weyh kalu tido peluk bear nie... boleh lemas woooo... hohohoh




penat berjalan tapi happy sangat.. huhu


tempat lain yang aku rasa decoration Krismas die tiptop dekat Pavilion dengan KLCC...
Pavi banyak hiasan guna bunga.. kalu dekat tangga depan pentas die tu memang cantik sangat lah.. huhu... dekat KLCC pulak diorang gune tema Putih and Purple... cantik yang amat lah... dah lah warna kegemaran aku pulak tuh... :)




p/s : kene tido awal.. esok aku kene drive pergi kenduri kahwin dekat Klang... jauh tuuuuu... huhu


 

 

TIP ELAK DARI PERAGUT


Salam..
Mula2 nak cerita sikit nie.. Tadi nyaris2 aku nak kena ragut weyh.. Bukan nak buruk sangka tapi ade orang cakap sesekali tak salah pun nak buruk sangka dengan orang.. Masa tengah jalan nak pergi KTM Batu Caves tu mula2 ade satu kereta nie tahan aku sebab nak tanya jalan pergi rumah orang kawen.. Aku takde lah buruk sangka dengan die sebab dalam kereta tu majoritinye perempuan.. Siap ade budak kecik lagi tu.. So., aku tunjukkan je lah arah jalan tu...  Tak lama lepas tu dalam 30 saat ade sorang lagi tahan aku nak tanya jalan... Kali nie lelaki pulak.. Naek motor.. Tapi yang pelik nye ade ke die tanya aku jalan nak pergi Giant.. Tetibe aku macam pelik je lagipun cara die cakap tu slow sangat.. Tengok muke die pon macam dah gelisah je.. Aku pon ape lagi, terus kepit beg aku kuat2 lepas tu jalan je sambil cakap kat die "KAU TERUS JE".. Fuhh..!! nervous weyh aku time tu... Makin laju aku jalan nak pergi stesen tu... Alhamdulillah... Takde kejadian buruk berlaku... :)


Nie aku share kan dengan korang especially perempuan lah yee tentang tip-tip keselamatan.
Sumber dari sini dan sini.. Terima kasih bagi tip-tip yang sangat berguna..  


Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.*

* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.*

Bagaimana ia boleh berlaku:
* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.*

* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.*

* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.*

* Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.*

* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.*


Langkah-langkah keselamatan dari diragut:
* Sentiasa membawa wang secara minima. 
Jika perlu anda isikan sahaja didalam tas tangan anda barang2 peribadi sahaja. Contohnya cermin mata, peralatan solek, dan tisu muka sahaja sekiranya anda berjalan di tempat2 awam.*

* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
* Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.*

* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.*

* Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.*

* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.*

* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.*

* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.*

* Sekiranya anda membonceng motosikal, basikal dan sebagainya anda dinasihatkan agar melindungi tas tangan anda daripada pandangan umum.*

* Simpankan wang anda dalam poket seperti memakai baju kurung, dalam poket kecil yang mudah dimasukkan di dalam poket seluar atau baju anda.*





p/s : hati2 yee semua... 





Friday, December 24, 2010

THANK YOU




nak ucap terima kasih banyak2 dekat semua orang yang sudi and baik hati klik2 iklan nuffnang aku tu... dah boleh nak cash out dah... tapi tunggu banyak sikit dulu lah kot... hehehehe

 nah2... sebagai upah amik cupcakes comel nie sorang satu keyh... jangan rebut2.. jangan gaduh2.. kalu tak cukup bagitawu taw.....  :p





p/s : sape yang baik hati klik tu boleh lah tinggal kan jejak yee.. boleh aku klik korang punya balik.. :)



 


 

SECRET RECIPE



ehh2...
sekejap lagi ade orang nak potong kek lah... dia cakap tunggu lepas maghrib... huhu...
kek besaaaaaaar and mahaaaal punye.. heheh




p/s : happy birthday brother :)

 

 

HAJAT TERCAPAI


kalu korang ada baca pasal entry DURIAN nie mesti tawu kan apa yang aku mengidamkan... hehehe
dengan seronok nye nak bagitawu yang aku dah tak kempunan lagi dah.. nak makan benda tu dah pon tertunai hari rabu lepas... 

dah alang-alang pergi Times Square cari lah Sweet Chat nie sekali... nak makan kat cafe tu macam tak je kot sebab baru lepas makan dekat Food Mall.. so., take away je lah pancake durian nie.. sekali 2 bungkus aku angkat.. memang nak balas dendam dah lama tak makan... hehehe... takpe2.. boleh makan ramai2 dekat rumah... :)

sedap sangat lah... rasa macam nak makan hari2 je... (banyak duit ko huda oiii).. hahaha...

kalu makan dekat Sweet Chat lagi best.. ade coklat sikit.. heheh



2 bungkus nie pon tak cukup taw... hohoho






p/s : nak makan meatball IKEA pulak lepas nie... huhu



 

 

PUSING - PUSING


salam...
entry nie sebenar nya hari rabu lepas punye cerita yee.... lambat sikit lah nak story... takpe kan?? huhu...

rabu lepas dah janji dengan budak kecik nie nak jumpe... kitaorang baru first time nak jumpe nie taw.. sebelum nie just kenal2 dalam facebook je.. hohoho... tempat yang nak di tuju belum dapat dipastikan lagi... so., aku decide jumpe dekat KL Sentral je lah dulu.. then baru decid nak pegi mana2... hehehe... aku terlambat sikit lah... biasa lah kan naek  KTM.. waktu dia tak tetap sangat... huhu...

bila dah sampai dekat KL Sentral tu kiteorang pilih nak pergi Times Square... then budak kecik tu pon cakap kalu pergi TS leyh pergi BB, Sungei Wang, Pavilion dgn KLCC sekali... aku setuju je... huhu... dari TS nak ke tempat2 nie kitaorang jalan kaki je yeeee... tu ok lah lagi kan... sebab tak jauh sangat... tapi yang penat nye tu jalan kaki dari Pavi ke KLCC.. masing2 dah lupa jalan shortcut nak pergi sana.. so., maen redah je lah... makkk aii... penat weyhhhh.... hohohoh

then dalam pukul 4 camtu masing2 nak balik dah... tapi aku decide nak pergi jalan2 dekat Sogo pulak.. lagi syok survey barang... hehehe

kitaorang just survey harga je barang2 dekat semua tempat tuh.. nanti minggu depan ke leyh beli ape2 yang patot... hehehe


gambar orang ini harus lah ade kan... hahaha




ini lah die budak kecik tuh... ( perasan kecik jeee... hahaha)




time snap pic nie aku perasan ade polis dalam van polis tu pandang2 je... maluuuu...  :p




next time kite jumpa lagi ye... kene belanje tie Famous Amos pulak....  ;)





p/s : banyak beli makanan je utk orang rumah hari tu... huhu



 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...