PALAU
sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Palau adalah salah satu daripada negara-negara termuda dan terkecil di dunia. Palau mengalami iklim tropika sepanjang tahun. Negara ini tidak mempunyai landasan kereta api, dan hampir kesemua jalan raya tidak diturap. Kelajuan memandu yang dibenarkan ialah 40 km/h (25 mph). Perkhidmatan kereta sewa atau teksi hanya disediakan di Koror. Perkhidmatan teksi ini tidak menggunakan meter, malah tambangnya juga tidak boleh dirunding. Justeru itu, perkhidmatan bas awam juga menjadi pilihan utama.
Great Barrier Reef
ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km². Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut Australia. Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.
TERUMBU SAWAR BELIZE
Belize adalah terumbu karang yang terpanjang di hemisfera barat dan yang ke-2 paling panjang di dunia selepas Great Barrier Reef. Caye Caulker adalah dianggap sebagai syurga bagi penyelam.
KEPULAUAN GALAPAGOS
Kepulauan Galápagos atau Galapagos saja adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri dari 13 pulau-pulau berapi dan batuan yang terletak di Samudra Pasifik sekitar 1.000 kilometer sebelah barat pesisir Amerika Selatan, Galapagos merupakan sebahagian dari Ekuador. Pulau tertuanya berusia sekitar 4 juta tahun dan yang termuda masih sedang dalam proses pembentukan. Galapagos memang merupakan salah satu daerah gunung berapi yang paling aktif di dunia.
TASIK BAIKAL
Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Rusia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer. Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari. Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.
LAUT MERAH
Laut Merah adalah sebuah teluk di Lautan Hindi , di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Di utara ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqaba, Terusan Suez. Bertempat di Lembah Gelinciran Besar. Luasnya sekitar 450,000 meter persegi. Panjangnya 1900 km dan lebarnya lebih 300 meter. Kedalaman laut mencapai 2500 meter di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 500 m.Nama Laut Merah tidak bermakna lautnya berwarna merah. Sejak dari dahulu lagi warna air laut tidak berwarna merah. Warna merah merujuk kepada warna bunga sianobakteria. Mungkin juga warna kayu Harei Edom yang berwarna merah. Terdapat pelbagai hidupan marin di dalamnya. Antaranya 1000 jenis interbrata , 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin antara 3.6% hingga 3.8%.
p/s : subhanallah..
0 comments:
Post a Comment