I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Tuesday, February 28, 2012

MACARONS IN THE HOUSE


salam

selamat petang semua.. hari nie pun Huda nak buat entry yang ringkas-ringkas je lah yee.. mood tak rajin sangat.. ampuuuun... hehehe

semalam tiba-tiba macam rasa nak baking.. then dengan pantas bukak laptop and tengok resipi yang memang dah save awal-awal.. owh.. sebelum bukak laptop Huda pergi jemur dulu almond powder tu.. hehe





nak buat macaron nie memang lah macam rumit sikit.. tapi Huda rasa macam seronok jee.. comel je bila dah piping.. lepas nie kalau nak buat lagi rasa nya kena kurangkan sikit warna nye.. semalam terletak banyak sikit tu yang lepas makan je habis lidah semua warna biru.. rasa die memang sedap taw tapi semua orang tawu kan yang macarons nie memang manis.. bukan taknak kurang kan gula tapi takut tak jadi je.. sebab gula kan antara bahan yang penting nak buat meringue hahaa.. 




amacam? jadi tak macaron nie pada pandangan mata anda? hehehe.. macam jadi kan.. okay lah tu ape... ada kaki and tak merekah.. good job jugak lah untuk orang yang baru first time buat macaron macam Huda nie..  buat sikit je semalam sebab taku tak jadi.. nanti membazir je pulak kan bahan-bahan.. huhu.. jom tengok resipi pulak.. Huda ambil dari Kak Azlita yang diambil juga dari Kak Yani.. 


MACARONS

sumber resipi : Kak Azlita, Kak Yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)

Cara-cara: 
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..




nyuuuuuumyy  :)




p/s : yeay..!! berjaya jugak buat macarons.. 






 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...