I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Wednesday, December 1, 2010

... TIPS UJIAN JALAN RAYA JPJ ...



Sebelum bermula test pastikan anda melakukan 5 perkara iaitu :-
 
- memastikan tempat duduk dalam keadaan betul,
- memastikan cermin tengah & sisi dalam keadaan betul,
-  memastikan sit belt ( tali pinggang keselamatan ) di pakai,
- memastikan signal dalam keadaan baik,
- memastkan wiper (pengelap cermin) dalam keadaan baik. 
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Pastikan  jangan sampai terlebih dari  garisan putih. Pastikan anda nampak garisan dan tarik brek tangan setiap kali menuju ke jalan yang lebih besar. Bubuh signal ke arah hendak belok. Signal jangan lupa bagi awal sekurang-kurangnya 3 saat sebelum simpang.  Pastikan tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak. Jika berhenti di belakang kenderaan lain, hendaklah anda pastikan nampak tayar belakang kenderaan tersebut. Kalau lori, nampak tayar belakang lori, kalau kereta nampak tayar belakang kereta begitulah sebaliknya.


2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.

3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.

4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.

5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear. 

Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik ke institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.





p/s : tujuan buat entry pasal nie sebab esok en.BF ade test JPJ.. GOOD LUCK SAYANG...!!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...