I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Friday, December 23, 2011

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL


salam korang..

fuhh..!! baca tajuk ka atas tu pun macam dah nak semput dibuat nye kan.. tapi aku rasa kalau korang dah dapat rasa kek nie confirm hilang rasa semput tu kot.. hehe.. sebelum tu nak mintak ampun lah dulu yee sebab mungkin entry nie simple je.. sebab nak kejar masa sebenarnya.. malam nanti dah nak balik kampung tapi 1 apa pun tak kemas lagi nie.. ade lah dalam 2,3 hari kot kat kampung tu.. harap perjalanan kami semua selamat pergi dan selamat pulang lah hendak nya.. :)




nie yang masih dalam loyang lagi.. 1 adunan nie memang akan dapat banyak sikit taw.. siapa yang family tak ramai tu boleh lah cuba buat dalam setengah adunan.. huhu.. tapi serius kek nie memang sedaaaaaaaap... memang ngam lah rasa coklat dengan rasa cheese tu.. tambah pulak dengan taburan buah-buahan tu kan.. buat rasa kek nie lagi mengancam lah.. hehe :D

aku tengok resipi nie dekat blog Kak Ita.. memang tak boleh nak lawan lah kan dengan air tangan Kak Ita yang sungguh kreatif tu.. huhu.. mintak izin yee kak nak kongsi resipi nie dekat sini.. bukan ape, boleh buat rujukan nanti kalau nak buat lagi.. :)



Bahan A 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko 
1 s/k baking powder 
1/2 s/k soda bikarbonat
Semua bahan di atas di gaul rata dan di ayak

Bahan B 
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C 
4 biji telur 
1 s/k esen vanilla
Semua bahan di atas di satukan dan dikacau rata

Cara-cara
Gris loyang dgn butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan kukusan.
Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk. 
Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan. 
Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
Adunan ni tak payah pukul guna mixer,  guna senduk kayu atau spatula aje pun boleh.
Kacau rata sahaja. Setelah adunan sebati.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
Bila dah masak biar kek betul2 sejuk. Bila kek dah sejuk kita sediakan pula krim keju.


Bahan krim keju
250 gm keju cream philidephia 
1/2 cawan gula halus 
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2 (aku guna 2 sudu besar serbuk gelatin)
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel 
1/2 cawan air dalam buah2 koktel - ita tak letak (aku tak letak jugak)

Cara-cara
Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
Masukkan yogurt dan pukul lagi.
Masukkan air agar2 tadi.
Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
Letakkan lapisan kek di atas pinggan
Ambil adunan krim keju dan ratakan di atas kek. Taburkan buah-buahan koktel di atas krim keju.
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Potong dan hidangkan.





memang sedap.. korang semua kena try buat sendiri taw.. huhu





p/s : dalam kelam kabut pun dapat jugak siapkan kek nie  :D



 

 

2 comments:

SHU MAT ISA said... [Reply To Comment]

tgah usaha nak cari bahan wat kek nie.....lalallalala

nurul huda said... [Reply To Comment]

@SHU MAT ISA

bahan-bahan die tak susah pun taw shu.. huhu.. just masa tengah kukus tu baik ko tutup loyang dengan kain or aluminium foil.. baru cantik sikit.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...