I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Thursday, October 27, 2011

KEK LAPIS CHEESE PERSONA


salam semua

lama dah tak bersiaran kan.. hehehe.. gurau je.. hari nie nak cerita pasal projek 2 hari lepas.. huhu.. tekak nie teringin nak makan kek.. tapi macam fobia pulak sebab takut tak jadi (teringat 2 peristiwa sebelum nie) -__-

nasib baik lah jumpa 1 resipi kek nie yang super duper simple.. tak payah nak bakar atau kukus.. cuma sejukkan je dalam peti ais.. huhu.. ramai dah blogger-blogger masakan yang dah try resipi nie.. dengar respon semua cakap resipi nie mudah dan sedap.. so, harus lah dicuba kan.. hehe






tengok bahan-bahan pun memang dah simple kemain kan.. guna 4 bahan nie je dah hasilkan 1 resipi kek yang lazaaaaaaatt  :))  mostly, aku memang tak ubah apa-apa dari bahan asal die, just part susu tu je aku ubah sikit.. takde stok susu segar so aku tukar kan kepada low fat mil Dutch Lady..  :D



nak mintak izin tuan punye resipi nye nak share kan resipi yang delicious nie dekat sini..  :)


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : ryo@ryoazhar


Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar (aku ganti dengan susu rendah lemak)
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw).
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan.
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




masa nak melapis kan tu kena banyak bersabar sikit lah kan.. sebab biskut nie memang lembut kan.. bila celup dengan susu memang lagi lembut lah jadi nye.. takut die berderai pulak nanti kalau buat ganas-ganas.. hehe.. nie lah hasil nye daripada tangan aku yang keras nie.. tapi kira okay lah tu kan (nak sedapkan hati)... hehehe




rasa kek nie memang sedap sangat taw.. kira macam balance lah kan.. takde lah rasa cheese sangat sebab kita dah gabungkan dengan biskut tu.. siapa-siapa yang memang cheese lover memang disaran kan untuk cuba.. tak susah kan buat nye..  sebelum tu nak mintak ampun lah ye sebab kek nie nampak macam bersepah sikit.. tapi sedaaaaaaaapp... hehehe  :DD






p/s : dah kurang fobia sikit  :)



 

 

Wednesday, October 26, 2011

BEST!!!










p/s : lawak  :DD




 

 

Sunday, October 16, 2011

CUBA DAN LIHAT






salam..

okay lah.. siapa-siapa yang belum tidur tu cuba lah korang try aktiviti nie yee.. hehehe




JOM KITA MULA !!  :)


1. Fokus pada titik merah di tengah-tengah tu taw

(Terus memberi tumpuan pada titik tu lebih daripada 30 saat)



2. Korang komen ye jika bulatan biru tu hilang dan cuba bagi pendapat kenapa jadi macam 

tu.







p/s : share dari MUKA BUKU   :D



 

 

Thursday, October 13, 2011

HANYA KEPADA-MU. . .


salam..

urmmm.. malam nie macam-macam perasaan yang ada dalam diri aku nie.. rasa gembira, takut, risau dan macam-macam lagi lah... kita semua tahu kan yang setiap umatNya akan diuji.. memang sekarang pun aku dah terasa diuji.. bukan sekarang je.. sebelum-sebelum nie pun sama.. kenapa lah kan time diperlukan semua tu hilang pulak.. memang dugaan betul lah.. aku pun dah buntu nie macam mana nak selesaikan masalah nie walaupun aku tahu setiap masalah tu akan ada jalan penyelesaian nya.. cuma cepat atau lambat je.. tapi aku rasa untuk masalah aku nie macam dah terlambat je nak dapat tahu jalan nye.. 



Ya Allah,
Kau permudahkan lah segala urusan hambaMu ini, tempatkan lah aku didalam perlindunganMu selalu, sesungguhnya Engkau lah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, pada Engkau lah tempat untuk aku meminta pertolongan.. Amiinn... 









p/s : mudah-mudah ada lah rezeki aku di situ.. :(




 

 

Monday, October 10, 2011

LELAKI PERLU TAHU YANG PEREMPUAN . . . .




Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan
perhatian.




Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut 
kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.




“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”






p/s : saling memerlukan




 


 

Wednesday, October 5, 2011

7 KEAJAIBAN DALAM AIR


 PALAU


 sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik.  Palau adalah salah satu daripada negara-negara termuda dan terkecil di dunia. Palau mengalami iklim tropika sepanjang tahun. Negara ini tidak mempunyai landasan kereta api, dan hampir kesemua jalan raya tidak diturap. Kelajuan memandu yang dibenarkan ialah 40 km/h (25 mph). Perkhidmatan kereta sewa atau teksi hanya disediakan di Koror. Perkhidmatan teksi ini tidak menggunakan meter, malah tambangnya juga tidak boleh dirunding. Justeru itu, perkhidmatan bas awam juga menjadi pilihan utama.



Great Barrier Reef



ialah sistem terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km². Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut AustraliaTerumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.



TERUMBU SAWAR BELIZE




Belize adalah terumbu karang yang terpanjang di hemisfera barat dan yang ke-2 paling panjang di dunia selepas Great Barrier Reef. Caye Caulker adalah dianggap sebagai syurga bagi penyelam.



KEPULAUAN GALAPAGOS



Kepulauan Galápagos atau Galapagos saja adalah sebuah negara kepulauan yang terdiri dari 13 pulau-pulau berapi dan batuan yang terletak di Samudra Pasifik sekitar 1.000 kilometer sebelah barat pesisir Amerika Selatan, Galapagos merupakan sebahagian dari Ekuador. Pulau tertuanya berusia sekitar 4 juta tahun dan yang termuda masih sedang dalam proses pembentukan. Galapagos memang merupakan salah satu daerah gunung berapi yang paling aktif di dunia.



TASIK BAIKAL

Olchon1.jpg

Tasik Baikal yang terletak di bahagian selatan timur Siberia (Rusia) adalah tasik paling dalam di dunia. Jarak kedalaman bahagian tengah Tasik Baikal mencapai sehingga 1,637 meter manakala panjangnya sejauh 620 kilometer dan lebarnya ialah 32 hingga 74 kilometer. Oleh kerana kandungan air di tasik tersebut terlampau banyak ditambah pula dengan kandungan air dari hujan ribut semasa musim luruh menyebabkan tasik tersebut tidak membeku sehingga ke bulan Januari. Tasik tersebut menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yang unik seperti anjing laut Baikal yang hanya dapat ditemui di kawasan air yang bersih dan segar. Air di Tasik Baikal sebenarnya memang bersih dan segar kerana ia dilimpahi dengan air dari pelbagai anak sungai yang mengalir ke dalamnya.




LAUT MERAH



Laut Merah adalah sebuah teluk di Lautan Hindi , di antara benua Afrika dan Asia. Ia hampir bercantum di Teluk Aden dengan Bab el Mandeb. Di utara ialah Semenanjung SinaiTeluk AqabaTerusan SuezBertempat di Lembah Gelinciran Besar. Luasnya sekitar 450,000 meter persegi. Panjangnya 1900 km dan lebarnya lebih 300 meter. Kedalaman laut mencapai 2500 meter di bahagian tengah. Purata dalam laut ini ialah 500 m.Nama Laut Merah tidak bermakna lautnya berwarna merah. Sejak dari dahulu lagi warna air laut tidak berwarna merah. Warna merah merujuk kepada warna bunga sianobakteria. Mungkin juga warna kayu Harei Edom yang berwarna merah. Terdapat pelbagai hidupan marin di dalamnya. Antaranya 1000 jenis interbrata , 200 batu karang lembut dan keras. Airnya masin antara 3.6% hingga 3.8%. 





p/s : subhanallah.. 


 

 

Sunday, October 2, 2011

TAHNIAH SENIOR


salam semua..

petang tadi masa tengah baca surat khabar Kosmo tiba-tiba terkejut sekejap bila baca 1 artikel nie.. huhu.. rasa bangga dan happy pun ada jugak walaupun bukan aku yang empunya diri nyeee... :))

seorang kawan merangkap senior masa aku dekat kolej dulu dapat Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor semalam masa konvokesyen untuk kolej.. aku tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.. huhu.. insyaallah, akan jumpa kawan-kawan semua masa konvokesyen dekat UTM pada 22/10/2011 nanti.. 






mula kenal dengan Akla nie masa awal sem 2 kot secara tak sengaja.. takde lah rapat sangat tapi bila terserempak tu mesti automatik dua-dua akan senyum ataupun tegur-tegur.. tahniah yee Akla sebab dah berjaya membanggakan keluarga, rakan-rakan dan juga ITPYPJ.. :DD






p/s : berkat usaha dan doa semua... :)



 

 

Saturday, October 1, 2011

STRAWBERRY CHEESE TART


salam..

okay, nie adalah projek tengah hari semalam.. ingat kan nak buat kelmarin, tapi bonda ajak pergi makan luar pulak.. so, postpone lah projek nie sehari.. heheh

STRAWBERRY CHEESE TART

sumber : KAK AZLITA 
resipi : KAK AZITA

kalau korang nak tengok resipi nye boleh lah klik dekat link tu yerrrr.. resipi nye simple je dan bahan-bahan pun tak banyak.. takde masalah kot kalau korang nak cuba buat.. lagipun puas hati sikit kan kalau buat sendiri.. boleh letak filling dan cheese banyak mana yang kita sukaaaaaaaa..  :))





okay, suka masa buat doh die nie.. rasa happy pulak sebab doh nye menjadi.. sebelum nie mesti ade masalah macam doh nye lembik.. tapi sukatan untuk resipi nie memang ngam-ngam.. tak payah nak risau apa-apa kalau korang betul-betul ikut sukatan die... :D





okay, aku guna acuan cheese tart yang besar sikit.. sebesar 50sen kot.. takde lah kecik sangat.. takut tak puas makan pulak nanti.. tapi acuan saiz nie pun tak puas-puas makan jugakkkk.. sobs-sobs..  -__-





okay, untuk filling pulak korang boleh guna filling apa yang korang suka.. kali nie guna strawberry filling.. sebelum nie dah guna blueberry so kali nie rasa lah yang lain pulak.. sedaaaap..  huhu  :)





okay, yang nie dah siap letak cream cheese tu.. letak lah banyak mana yang korang suka.. jangan sampai meleleh-leleh pulak dah lah yeee.. nampak sangat tamaaaak nye.. hehehe.. maaf nye untuk corak yang tak berapa nak berseni tu.. biasa lah tukang lorek corak tu pun tak berapa nak berseni jugak.. konon-konon je tu macam hebakkkkkkkk... tapi not bad apa kan..??  haha   :p





okay, yang nie pulak lepas dah bakar dan sedia untuk di ngap beramai-ramai.. ayuhhh.. makan berjemaah.. lebih afdaaaaaaaaaal...  heheh  ^__^




selamat mencubaaaaaaa..






p/s : berapa banyak OKAY daaaa   -__-





 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...