I made this widget at MyFlashFetish.com.

pengikut2 aku..

Friday, January 13, 2012

2nd ANNIVERSARY..!!


salam..

wahh.. nasib baik kuat lagi daya ingatan kita nie.. kalau tak mesti dah merajuk dah taw 'kawan baik' kita nie kan.. tiap-taip mesti nak tengok dia.. kalau tak tengok sehari rasa macam dah banyak benda yang ketinggalan taw.. walaupun jarang-jarang kita bercerita dengan dia tapi tetap setia dengan kita.. terima kasih 'kawan'... :D

semalam ulang tahun 'kawan' kita tu.. sorry sangat-sangat.. kita terlupa lah..  harap-harap awak tak merajuk dengan kita taw.. kalau awak merajuk denga kita, kita nak kawan dengan siapa lagi.. -__-





SELAMAT ULANG TAHUN KE-2


dah 2 tahun dah umur blog kesayangan kita nie.. kalau ikutkan proses pembesaran mesti dah pandai berjalan dah kan.. hehehe.. macam-macam dah yang kita cerita dekat dalam nie.. untuk tatapan umum umum dan juga yang lebih berharga sebagai kenangan untuk diri sendiri..





semoga blog nie akan kekal lama seperti terpahatnya segala kenangan pahit manis dalam diari kehidupan kita yang takkan terpadam sampai bila-bila.. kita sayang awak sangat-sangat..







p/s : rasa macam baru semalam je kita mula berkawan..  :)




 

 

Wednesday, January 11, 2012

BETUL KE ORANG MINYAK WUJUD..?


salam..

straight to the point lah kan.. kalau korang baca tajuk tu apa jawapan yang korang akan bagi..? masih wujud lagi ke orang minyak sekarang nie..? aku sendiri pun tak tahu selagi belum jumpa betul-betul depan mata.. tapi kalau boleh memang taknak jumpa lah kan.. huuuuu

bukan apa, sejak kebelakangan nie cerita pasal orang minyak nie dah jadi bahan bualan.. apa yang paling seraaaaaaaaaam nye mengikut cerita orang minyak sekarang nie tengah aktif berdekatan dengan BATU CAVES.. mana lah aku tak cuak kan.. dah lah rumah aku dekat je kot dengan Batu Caves.. encik buah hati cakap orang minyak sekarang nie tengah aktif dekat kawasan rumah die.. dekat Pangsapuri Laksamana tu.. siap dengar lagi macam ada bunyi lompat-lompat kat atas bumbung.. lagi-lagi bila baca blog wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidik makin kuat lah perasaan cuak aku tu..

semalam tengah syok-syok tengok ulangan bola Kelantan lwn Lion XII dalam pukul 12.30 mlm tiba-tiba dengar bunyi anjing menyalak.. terus tegak je bulu roma aku nie bila dengar.. ingat macam nak buat-buat tak dengar lah sebab bola nie pun lagi sikit nak habis.. tapi memang tak kuat iman lah kot.. terus tutup tv, lampu semua then lari masuk bilik..  -__-

aku pun tak tahu sama ada betul ke tak adanya orang minyak tu.. tak kisah lah kan wujud ke tak yang penting semua mesti kena jaga diri dengan lebih berhati-hati lepas nie.. yang penting jangan lemah semangat kot.. kena kuatkan iman.. Insyaallah, takde apa-apa yang berlaku..







p/s : Ya Allah, jauhi lah aku dari sebarang kecelakaan.. aminn



 

 

Sunday, January 8, 2012

PANDAN SLICE CHEESE CAKE


salam.. 

entry pagi lagi.. jangan nak pelik-pelik pilak yee.. hehehe.. nak share resipi kek yang sedaaap nie dengan korang.. nie antara favourite aku jugak lah kot.. asyik buat cheesecake yang gune cream cheese tu kadang-kadang jemu jugak kan.. sesekali try guna slice cheese nie pun okay jugak.. budget pun takde lah mahal sangat kan.. huhu

sedap taw kek nie.. die macam cair je gitu bila dah masuk dalam mulut.. lagi-lagi bila terasa lemak cheese dengan rasa dan bau pandan tu.. memang ngam lah kan.. hehe.. resipi asal dari Ros Jintanmanis.com.. tapi aku ambil dekat rumah Kak Izah.. mintak izin share resipi dekat sini yee..  :))






Bahan-bahan
4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar tu)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
80 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen pandan
beberapa titk pewarna hijau
1 sudu kecil serbuk koko (tak letak pun)

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang. 






p/s : dah mula dah gian nie.. :p





 


 

Saturday, January 7, 2012

SEHELAI SEPINGGANG


salam korang..

selamat pagi.. jangan terkejut yee tengok tuan tanah nie update blog pagi kemain.. jangan ade yang pengsan sudaaaaaaah.. hahahaha..  :p

pagi nie nak cerita pasal hari Khamis lepas, aku pergi JB sebab nak ambil transkrip kat kolej.. dah plan dalam 2 -3 hari jugak lah.. tapi war-war kan kat orang nak pergi sana bila malam Rabu.. terkejut lah sikit kan orang tu dengar sebab tetiba je plan nak pergi sana.. tapi nak buat macam mana kan.. aku taknak lah tangguh-tangguh lagi.. biar cepat sikit settle urusan kat kolej tu.. bukan nye dekat pun kan.. huhu





pukul 7 pagi dah keluar rumah.. semata-mata nak kejar tiket seawal yang boleh.. kalau tak nanti sampai sana lewat pulak.. takot kolej pulak yang dah tutup nanti.. tak ke sia-sia je aku datang nanti.. hehe





alhamdulillah, walaupun kolej nie tak setanding dengan kolej-kolej lain tapi dapat jugak aku habis kan 3 tahun belajar dekat sini.. macam-macam kenangan yang ada kat sini.. aku takkan lupa sampai bila-bila.. jutaan terima kasih untuk pensyarah-pensyarah sama ada yang pernah atau tidak mengajar aku.. jasa anda semua Allah saja yang mampu membalas..  :)




syukur padamu Ya Allah.. :)






p/s : ntah bila lah nak datang sana lagi   :(



 


 

Wednesday, January 4, 2012

TELUR BUNGKUS SIMPLE


salam korang..

taknak bebel panjang-panjang dah sementara tengah ade idea nak taip ape nie.. hehehe.. okay lah.. resipi nie aku buat minggu lepas kot.. simple kemaaaaaain.. sedap pulak tu.. lagipun semua nutrien ade kot.. protein + fibre + karbohidrat (nasi).. lengkap lah tu kan.. heheheh

resipi ambil dari blog cikmin yang kemain hebat lagi macaron die tu.. geraaaaaaam je bila tengok.. rasa macam 1 hari nanti nak order lah kat cikmin.. nak buat belum ade keberanian lagi.. huhu.. mintak izin share ye resipi telur bungkus nie cikmin.. :)






sumber  : CIKMIN.COM



Bahan-bahannya:
250gm Daging/ayam cincang ramly (aku ganti dengan sosej dan crabstick)
2 ulas bawang putih – dincang halus
1 labu bawang besar – dihiris sederhana
2 sb cili sos
2 sb sos tomato (aku ganti dengan sos spagethi)
1 sb sos tiram
sedikit serbuk Knorr pasti sedap
sedikit hirisan karet
sedikit bunga  kobis
2 biji telur ayam
minyak untuk memasak
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan hirisan bawang besar.Bila dah naik baunya, masukkan daging cincang, karet dan bunga kobis.Bila sayur dah agak layu, masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan serbuk pasti sedap.Kacau hingga mesra kesemuanya, tutup api.
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga sebati dengan sedikit garam, jika nak letak sesudu mayonis pun boleh.Panaskan non-stick pan(api sederhana) dengan sapuan sedikit minyak, dadarkan keatasnya hingga memenuhi ruang pan.Bila telur dah agak masak, tuangkan daging yang telah dimasak tadi ditengah-tengah telur.Kemudian lipat telur tu sehingga menjadi bentuk 4 segi, kalau nak garing lagi, terbalikkan telur yang telah siap dilipat tadi.Siap untuk dihidangkan.






p/s : terima kasih Cikmin.. :D


 

 

AMPUN

salam korang..

ampuuuuuuuunnn.. tu lah yang kena cakap dulu sebab dah lama x update blog.. banyak jugak cerita baru yang nak share dengan korang tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... 

salah satu nye sebab gambar tak edit lagi.. walaupun tak susah mana nak edit tapi susah sungguh mood rajin tu nak datang.. ampuuuuu sekali lagi yeee.. Insyaallah, dalam masa terdekat nie akan keluar lah entry-entry baru dalam blog nie.. harap dimaafkan okay... huhu







p/s : jaga diri korang baik-baik.. sekarang kes orang minyak dah ade balik..  -__-




 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...